kisah sebuah kehidupan

Archive for the ‘Umum’ Category

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt…

Laman ini masih dalam pengemaskinian… 🙂 Segala kekurangan amatlah dikesali. Terima kasih kerana mengunjungi ismikhair…

Advertisements

>Masjid Sheikh Zayed Al-Nahyan, Abu Dhabi UAE

>

 

2761941703_2572d848f6 MELINTASI dua jambatan utama Mussafah dan Maqta di ibu kota Emeriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, susuk bangunan putih yang tersergam indah, pasti mencuri tumpuan setiap yang melintasi jalan sibuk tersebut.

Apa tidaknya, bangunan yang berdiri gah itu ialah Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Masjid indah yang mengambil sempena nama pengasas dan presiden pertama UAE, telah dibuka secara rasmi pada bulan Ramadan 2007. Ia juga dipanggil Masjid Agung oleh penduduk tempatan situ. Menurut pemandu yang membawa kumpulan media massa dari Malaysia, Indonesia dan Filipina, Masjid Sheikh Zayed bukan sahaja tersenarai antara masjid tercantik di dunia tetapi kedudukannya adalah dalam tangga lima teratas sebagai masjid terbesar di dunia. Ujarnya lagi, lawatan ke Abu Dhabi tidak akan bermakna dan tidak sempurna sekiranya tidak melawat ke masjid ini. Penulis mengakui ada logiknya juga saranan beliau itu, ini kerana dalam jadual lawatan, lokasi ini adalah senarai teratas tempat-tempat menarik di Abu Dhabi yang mesti dibuat liputan. Apa pun gelaran dan pencapaiannya, waima landskapnya yang belum siap sepenuhnya, namun senario di bahagian dalam masjid, memang jauh berbeza. Aspek keunikan seni bina dan reka bentuk yang ditonjolkan, gerenti membuat setiap pengunjung hilang kata-kata.

3089367420_f527599e02 Malah terik mentari di luar yang hampir mencecah 48 darjah Celsius, sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan penulis berserta lima lagi wartawan yang hanya terkedu kaku, sambil mata meliar dan tidak mahu ketinggalan merakamkan sudut-sudut menarik di dalam masjid. Kunjungan rombongan media massa dari Asia Tenggara ini adalah atas undangan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Malaysia, AirAsia X, sempena pengumuman destinasi baru mereka iaitu ke Abu Dhabi, sebagai laluan pertama Air Asia ke Timur Tengah bermula November ini. Ketibaan rombongan kami disambut wanita manis berjubah hitam dari Lembaga Pelancongan Abu Dhabi (ADTA) yang hanya ingin dikenali sebagai Fatimah. Menurut beliau, reka bentuk Masjid Sheikh Zayed adalah ilham seni bina masjid Mughal dan Moor (Moorish). Ia juga jelas dipengaruhi dari Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca di Maghribi.

"Reka letak kubah dan pelan lantai masjid ini adalah inspirasi dari Masjid Badshahi dan seni binanya pula adalah hasil ilham reka bentuk daripada Mughal dan Moor, terutamanya Masjid Badshahi dan Masjid Hassan II. "Pintu gerbangnya pula adalah contoh unggul pengaruh Moor dan menara (minaret) adalah daripada pengaruh Arab. Oleh itu, reka bentuk masjid ini paling tepat digambarkan sebagai gabungan seni bina Arab, Mughal dan Moor," terang Fatimah mesra.

Tambahnya, ADTA telah mengumumkan pembukaan masjid tersebut kepada para pelancong Islam dan bukan Islam bermula pertengahan Mac 2008 dengan harapan untuk mempromosikan kebudayaan dan pemahaman terhadap agama Islam. "Masjid Sheikh Zayed dilihat sebagai sebuah mercu tanda tersohor, kerana membawa sentuhan pelbagai kepakaran, rekaan, bahan binaan dari seluruh dunia seperti; Itali, Jerman, Maghribi, India, Turki, Iran, China, Greece dan tidak ketinggalan dari rantau Asia Barat sendiri.

"Reka bentuk seni bina masjid ini pada peringkat awalnya diilhamkan oleh arkitek berbangsa Maghribi. Pun begitu, sepanjang perkembangan pembinaannya terselit ciri-ciri global termasuk pada bahagian dinding luar yang menampilkan reka bentuk tradisional Turki. Malah penggunaan bahan-bahan semula menjadi pilihan iaitu; batu marmar, emas, batu permata, kristal dan seramik. "Uniknya juga, masjid ini mempunyai sebanyak 57 kubah meliputi bahagian laman luar dan bangunan utama. Kubah-kubah yang dihias indah dengan batu marmar putih berukiran. Bahagian laman dalamnya pula diturap dengan mozek dan marmar berwarna-warni dengan motif bunga-bungaan terbentang seluas 17,000 meter persegi.

3089380022_0c3b1a3f5e "Berbalik kepada kubah utama masjid ini, ia berukuran garis pusat 32.7 meter dan 70 meter tinggi dari dalam dan 85 meter dari luar," kata Fatimah yang sekaligus membolehkan ia diisytiharkan sebagai sebagai kubah yang terbesar di dunia. Di masjid ini juga terdapat sebanyak 1,096 tiang pada bahagian luar masjid dan 96 tiang di ruang solat utama yang menggunakan ukiran buatan tangan pada panel-panel batu marmar yang diselaputi dengan batu permata termasuk lapis lazuli, batu akik merah, batu kecubung dan mutiara. Di samping itu, empat menara (minaret) setinggi 115 meter didirikan pada setiap penjuru masjid. Tasik buatan seluas 7,874 meter persegi dengan kemasan lantai jubin berwarna gelap, kemas mengelilingi masjid. Kolam ini secara tidak langsung, memantulkan bayang-bayang indah masjid, lebih-lebih pada waktu malam. Masjid ini memukau dengan kilauan cahayanya yang terang benderang.

Bercerita tentang masjid, tidak lengkap sekiranya tidak disentuh tentang ruang solat utama. Masjid Zayed mempunyai ruang solat utama yang bukan sahaja luas tetapi menekankan ciri-ciri kemewahan. Apa tidaknya, hiasan dalamannya sahaja diperindahkan dengan penggunaan marmar putih bertatah reka bentuk motif bunga-bungaan yang menghiasi ruangan dewan solat. Manakala dinding dalam masjid, dihiasi dengan dekorasi 24 karat emas daripada kaca mozek. Ruang utama solat ini juga mengetengahkan permaidani Parsi buatan tangan yang terbesar di dunia. Seperkara lagi yang menakjubkan tentang Masjid Sheikh Zayed ialah berkenaan dengan tujuh buah lampu candelier yang dihiasi dengan saduran 24 karat emas yang diimport dari Jerman serta direka dengan kilauan kristal swarovski.

"Candelier paling besar yang digantungkan pada kubah utama masjid dikatakan sebagai paling besar di dunia dengan ukuran garis pusat 10 meter, 15 meter tinggi dan berat antara lapan hingga sembilan tan. "Manakala dinding kiblat yang berukuran 23 meter tinggi dan 50 meter lebar, menggunakan dekorasi yang agak sederhana, supaya tidak mengganggu konsentrasi serta kekhusyukan ketika solat.

facts

"Bagaimanapun, penggunaan 99 nama Allah pada dinding kiblat dengan kaligrafi kufi tampak menarik dengan iluminasi menggunakan pencahayaan fiber optik. 24 karat emas, daun emas dan mozek kaca emas turut digunakan di bahagian mihrab," kata Fatimah. Kami turut terpegun berada di ruang solat utama ini terutamanya sebaik melihat 80 panel Iznik yang dihiasi dengan jubin seramik yang popular pada kurun ke-16, mengetengahkan ciri-ciri utama empayar kerajaan Istanbul dan bangunan-bangunan agama. Kami difahamkan bahawa ia adalah seni ukiran asli, setiap jubin telah direka bentuk oleh pakar kaligrafi berbangsa Turki bernama, Othman Agha. Tiga jenis kaligrafi tulisan kufi, Nasakh dan Tuluth digunakan pada setiap sudut masjid dan diukir oleh Mohammed Mendi (UAE), Farouk Haddad (Syria) dan Mohammed Allam (Jordan).

Masjid Sheikh Zayed dikatakan mampu menampung lebih 40,000 jemaah, merangkumi dewan solat utama dan laman dalam. Pada dewan solat utamanya sahaja boleh menempatkan lebih 9,000 jemaah pada satu-satu masa. Dua buah bilik yang terletak bersebelahan dengan ruang solat utama itu pula, masing-masing boleh menampung seramai 1,500 orang dan ia dikhaskan untuk kaum wanita. Sungguhpun Masjid Sheikh Zayed ini telah dibuka kepada umum, namun persekitarannya masih dalam pembinaan. Dimaklumkan, apabila siap sepenuhnya, masjid ini akan dikelilingi dengan pancuran air dan taman-taman hijau.

Sumber : Utusan Malaysia 2009

>Masjid Besi (Steel Mosque), Putrajaya, Malaysia

>

3844615968_ac2b83ec7d_b

SEKIRANYA masjid lain di Malaysia lebih banyak menggunakan gabungan elemen Monghul, Uthmaniyah dan Eropah, masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya ini sebaliknya berbeza.

Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mula beroperasi pada 1 Ramadan lalu memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur.Dikenali juga sebagai Masjid Besi, masjid yang dibina di tepi tasik dan terang-benderang pada waktu malam ini berupaya menampung seramai 50,000 jemaah. Udaranya yang kekal nyaman walaupun tanpa pendingin hawa atau kipas ternyata memberi keselesaan kepada jemaah.

Anyaman besi tahan karat

Aspek terbuka cukup ketara sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke dalamnya. "Tiada struktur konkrit besar digunakan di ruang solat utama. Ini menjadikan ruang ini lebih berangin sementelah ia terletak di tepi tasik. "Justeru, gabungan lantai marmar serta angin tasik membuatkan ruang tersebut sentiasa nyaman," ungkap Ridzwan. Masjid ini menggunakan 70 peratus besi atau anggaran sebanyak 6,000 tan besi keluli sebagai bahan binaan utamanya manakala selebihnya adalah konkrit.

Malah besi tersebut juga memudahkan arkitek mereka bentuk gerbang masuk dengan lebih teliti, halus dan berseni. Tambah Ridzwan, meskipun masjid ini menggunakan konsep terbuka, dengan adanya skrin Mashrabiyah, jemaah tidak perlu gusar apabila hujan. "Fungsi utama kombinasi anyaman besi tahan karat atau Architectural Woven Wire Mesh dan steel latticework yang diimport dari Jerman ini ialah sebagai penahan tempias hujan di ruang solat utama. Ia juga membenarkan cahaya dan tiupan angin menembusinya," ujarnya.

IMG_5236

Menyentuh mengenai aspek perapian, kepingan cermin yang berukir ayat-ayat suci al-Quran di Dinding Mihrab adalah bersifat antipantulan cahaya. Secara tidak langsung, ciri tersebut menjadikan tulisan khat tersebut kelihatan seolah-olah terapung. Di bahagian luar, jejantas Kiblat Walk yang menghubungkan Dataran Putrajaya dengan bangunan masjid menambahkan lagi keistimewaan Masjid Besi. Jejantas seluas 13,639 meter persegi itu dihiasi kolam air di tepiannya.

Jemaah juga perlu melalui Iwan Utama atau pintu gerbang utama menuju ke laman yang dikenali sebagai ‘Sahn’. Binaan konkrit putih itu dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Allah, Asma ul-Husna. Masjid ini mempunyai tiga gerbang utama dan setiap satunya selari antara satu sama lain dan berada dalam kedudukan lurus hingga ke ruang utama solat."Dengan adanya laluan ini, para jemaah dari Dataran Putrajaya terutama kakitangan kerajaan hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi masjid ini dan sekali gus mengurangkan masalah meletak kenderaan.

Taman mini Sahn

Sahn pula ialah satu ruang terbuka di luar masjid yang perlu dilalui sebelum jemaah memasuki ruang solat utama. "Ia seolah-olah sebuah taman mini yang membolehkan pengunjung berehat atau kanak-kanak bermain sementara menanti ibu bapa beribadat," kata Ridzwan. Elemen utama masjid iaitu kubah turut dititikberatkan. Dengan garis pusat 48 meter, arkiteknya memilih bahan besi tahan karat. Bagi memastikan strukturnya kalis air dan mengelakkan kebocoran, kubah itu diliputi sebanyak tiga lapisan lengkap dengan titi khas bagi kerja-kerja penyelengaraan.

>Jadual Matahari berada di zenith Kaabah dan bandar-bandar utama diMalaysia bagi tahun 2009

>

image

Sumber : JAKIM – Alamanak Falak

>6 perkara Allah sembunyikan

>

PS

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak". Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu. "Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…"Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 

Sumber dipetik dari : Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

>The Monroe E. Price International Media Law Moot Court Competition

>

This moot court is organized and facilitated by Programme in Comparative Media Law & Policy at the Centre for Socio-Legal Studies,University of Oxford, part of the university’s Faculty of Law, in collaboration with the International Media Lawyers Association (IMLA).

havinglunchA very successful Second Edition of the Price Moot Court took place in Oxford from 18 – 21 March 2009. Teams from Malaysia, India, China, Jordan, Europe and the United States competed, and many internationally recognized media law experts acted as judges, including Judge Dean Spielmann from the European Court of Human Rights, Ms Gugu Moyo from the International Bar Association, Mr Mark Stephens from Finers Stephens Innocent and Sir Louis Blom-Cooper QC. The purpose of the Price Moot Court Competition is to expand and stimulate an interest in Media Law and Policy among students from law and other disciplines, who will develop expertise in arguing a case before an international bench of judges from different legal systems and backgrounds.  Malaysia

The international nature of this competition will encourage students to gain knowledge from legal systems different from their own by carrying out comparative study and research of regional and international standards to cultivate their arguments in both writing and oral forms. Participants will operate in a world where a Universal Court of Human Rights has been established to ensure the citizens of the United Nations are enjoying the rights enshrined in the Universal Declaration of Human Rights. In this world, the Universal Court of Human Rights substitutes all jurisdictions of all other regional courts and becomes the final adjudicator when all national remedies have been exhausted.

Moreover a Chamber of the Universal Court of Human Rights has been established in order to deal with issues specifically addressing cases concerning Freedom of Expression as set out in Article 19 of the UDHR and when freedom of expression collides with other fundamental rights in the Declaration. The Chamber is known as the “Universal Freedom of Expression Court”.                                      

                                           Result for 2009 competition (2nd edition)

Rank

Team Points
1 Cardozo School of Law (8) Memorials – 237.5 
Oral – 355
Overall – 592.5
2 BPP Law School (18) Memorials – 242.5
Oral – 340.3
Overall – 582.8
3 International Islamic University, Malaysia (10) Memorials – 239.0
Oral – 306.5 
Overall – 545.5
4 Tbilisi State University, Georgia (22) Memorials – 224.5 
Oral – 315.3
Overall – 539.8
5 Communication University of China (32) Memorials – 240.0
Oral – 291.3 
Overall – 531.3
6 Leiden University, The Netherlands (16) Memorials – 219.0
Oral – 295.2 
Overall – 514.2
 
________________________________________________________________________________________

                                         Result for 2008 competition (1st edition)

Rank Team Points
1 Malaysia (46) Memorials – 314
Oral – 329
Overall – 643
2 Georgia (55) Memorials – 285
Oral – 306.5
Overall – 591.5
3 India (50) Memorials – 274
Oral – 280
Overall – 554

>When Moral Values Go Astray

>

DSC2139There was a group of people who, when it was said to them "do not commit corruption", they responded, "we are but putting things right". Whereas, in God’s view, they are the ones who are truly spreading corruption even though they admit that they are neither cognizant nor mindful of it.  Even though those people think that they have a good, ethical mission, they lack the true vision of right and wrong. Consequently, they contribute to moral chaos in society. The attitude of such a group is recorded in the Qur’an, al-Baqarah, 2:11-12. Moreover, there is even a hopeless case of one who-because evil in his conduct is so alluring to him-he regards Evil as Good (see Fatir, 35: 8; al-Naml, 27: 24; al-‘Ankabut, 29: 38).DSC3211
The worldview of Islam reminds Muslims not to act merely as they please, as without the aid of Revealed knowledge, contradiction with regard to what constitutes good or bad, will arise.
With regard to the value of action in the context of morality, so-called instincts are in a state of battle; some minds consider certain acts to be good, while others consider those to be bad. Even one person can be of two minds concerning one and the same action. Consideration of what is good or bad may also come to be based on mere whim, since capriciousness (al-hawa) often wins out over one’s intellect and obscures its moral valuation.

When permissiveness is allowed, then society gives rise to terrorists, for example who commit injury against the innocent, students who turn upon their teachers and violate the educational institutions, and children who are hostile to their parents-all the while claiming they are putting things right and consider that which is Evil to be Good.
Additionally, ethical relativism will allow for decorum to be led astray and permit widespread abandonment of any standard comprising that which is decent, proper, and right in terms of speech, dress, and behaviour.

Article courtesy of Dr. Mohd Sani b. Badron, IKIM Fellow, Additional <LINKS>

Gumpalan Label