kisah sebuah kehidupan

Archive for the ‘Kesatuan’ Category

>Antara Bola dan Agama…

>

unity Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Setelah menyepi agak sekian lama, tercoret disanubari penulis untuk meluahkan apa yang dilihat, didengar dan diteliti dengan sekelumit rasa dukacita. Sebagaimana yang sedia maklum, semalam (25.4.09), merupakan perlawanan bola sepak Liga Malaysia diantara Kelantan dan Selangor. Secara analitisnya, dapat digambarkan betapa “bersatunya” rakyat Malaysia apabila berinektrisi dengan sukan lebih-lebih lagi bola sepak. Penyatuan yang lahir dari semua penyokong setiap pasukan sudah tentu menggambarkan toleransi diantara semua pihak. Sorakan dan tepukan yang di”tempur” sudah membuktikan akan perkara tersebut. Penyatuan manusia melalui aspek kesukanan bukanlah sesuatu yang ganjil, bahkan ia sudah dibuktikan sejak zaman Rasulullah S.A.W. Namun, perspeksi penyatuan pada masa kini sudah terlalu menyimpang dari “akar” sebenar perpaduan.

Tidak perlu melangkaui sempadan untuk melihat situasi tersebut. Di Malaysia sahaja sudah cukup untuk dijadikan sebagai contoh. Penyatuan ummah bermodalkan “agama” sudah semakin pudar dalam masyarakat Melayu khasnya. Kita sanggup bersatu untuk menjadi juara, namun tidak sanggup untuk bersatu kerana Agama. Walhal, dalam Al-Quran banyak menyatakan bahawa, perpaduan agama merupakan asas kecemerlangan ummah. Islam yang diwacanakan semenjak kecil sudah cukup untuk menggambarkan personaliti seorang Muslim. Keperibadian yang luhur yang dimiliki oleh Rasul, Nabi-nabi, sahabat2 dan wali-wali semakin lama semakin terhakis dek prasangka dan “kurang bijak” dalam menilai seseorang. Perkara inilah yang merupakan musuh utama umat Islam kini. Mereka amat bijak, hebat, petah dalam berbicara, namun pada masa yang sama langsung tidak dapat menilai “harga diri" dan “nilai pengorbanan” seseorang insan. Melihat satu keburukan / kelemahan pada diri seseorang sudah menjadi “habit” dalam diri mereka.

su_01.1 Dari satu keburukan sudah memadai untuk mengaibkan seseorang. Semalam, saya turut mengikuti Bicara Ad-Din yang dibawa secara langsung. Dalam perbincangan yang membariskan dua orang penceramah agama itu, salah seoarang penceramah (dari JAKIM) menyentuh berkenaan “aib”. Antara kata-kata beliau adalah “jagalah aib orang lain sepertimana menjaga aib kamu”. Rumus dari perbincangan tersebut, jangan kamu mencari aib seseorang, kerana aib kamu mungkin beribu kali ganda dari aib saudara mu itu. Akhir kata, jadilah ummah yang gemilang berlandaskan lunas-lunas Islam yang sebenar, elakkan dari permusuhan dan perkelahian yang akhirnya membawa kepada keruntuhan ummah itu sendiri. Salam Ta’aruf dari penulis. “Bahastu anil hakikatul hubb”….. irkhairuddin 

Advertisements

>Antara Islam, Pemimpin dan Keamanan.

>

Kita sudah sedia maklum akan situasi terkini politik ditanah air. Yang terbaru adalah situasi di negeri Perak. Kebiadapan dan ketidakpatuhan akan pemimpin telah mengambarkan akan sikap dan keangkuhan pemimpin-pemimpin yang terlalu “Bodoh”. Mereka tidak sedar akan kedurhakaan yang telah dilakukan. Tidak pernah menerima kegagalan dan sukar untuk bertimbang rasa. Apa yang berada dibenak mereka hanyalah kuasa dan kepentingan diri semata-mata. Memang tidak dinafikan bahawa dalam pakatan tersebut, ada parti yang hanya bijak berkata-kata, namun tidak berani untuk bersemuka. Tentatif bersemuka yang dimaksudkan adalah melalui prosedur dan kaedah yang betul dan tidak meminggirkan lunas-lunas agama. Apakah dengan merancang rusuhan atau rancangan yang tidak logik difikiran dapat menyelesaikan masalah? Apakah tiada keimanan yang menyinar pada diri mereka. Mereka sememangnya berani untuk merancang apa yang terlintas difikiran, namun tidak pernah memikirkan impaknya. Kuasa orang Melayu hanyalah pada naungan Kesultanan Melayu, jika tiada sistem Raja Berpelembagaan, tidak akan wujud negara Malaysia yang kita lihat kini. Peristiwa di Perak, secara langsung menunjukkan rakyat Perak yang menentang sultan / raja, tidak pernah mengenal erti sejarah dan mengambil pengajaran dari yang lalu. Dari sejarah, kita dapat menginsafi akan keberuntungan berada di sebuah negara yang aman dan damai. Sekiranya Sejarah dipinggir dan diketepikan, maka, jadilah kita seperti di negara berperang, tiada lagi keamanan dan kegembiraan. Yang pastinya…hanyalah tangisan dan penyesalan keakhirnya. Hargailah Keamanan yang dikecapi kini. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan sesama Muslim, tidak pernah sekali-kali membenarkan kita menderhakai 5 golongan yang utama, termasuklah pemimpin. Tiada pemimpin yang inginkan perpecahan dan kehancuran, melainkan pemimpin yang terlalu biadap dan sukar menerima hakikat akan kelemahan dirinya.

Technorati Tags:

Catatan Penulis.

>Keimanan Asas Penyatuan Ummah

>

Bertemu kembali dalam sembang islam. Berdasarkan topik “Keimanan Asas Penyatuan Ummah”, pelbagai rangkaian (rantaian) islamik yang dapat dirungkaikan. Disini, kita dapat melihat akan hubung kait antara Iman dan Penyatuan Ummah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Keimanan bukanlah aset yang mudah(senang) untuk diperolehi. Kekukuhan dan keutuhan tersebut tidak hanya dapat memberi “kekuatan” yang “termahal” kepada umat Islam, malahan ia merupakan satu-satunya senjata utama orang Islam. Berinteraksi dengan kejadian yang berlaku pada umat Islam masa kini, lebih-lebih lagi di negara Islam iaitu Palestin, Sinar Iman seolah-olah kian luput dapat Umat Islam. Apa yang dimaskudkan “Iman” disini ialah “Iman” dari segi “Semangat Perpaduan” diantara negara-negara Islam (terutamanya dari seigitiga Islam. Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negara-negara Islam, namun sehingga kini tiada satupun usaha yang membuahkan hasil. Hari demi hari pembunuhan rakyat Palestin berlaku tanpa ada titik penyuraian. Maruah tergadai dek janji-janji, kemanusian yang diagung-agungkan dulu sudah lapuk & kian menyelesap ke dalam “tangan pembunuh”. Fikir-fikirlah lah wahai saudara-saudara ku, Iman bukan hanya lahir dari hati, tidak hanya wujud pada luaran, tapi Iman yang yang sempurna adalah lahir dari asimilasi setiap rukun yang terdapat dalam Islam.

Luahan hati penulis, tidak melibatkan mana-mana pihak… Islam Reunited. Foto dari Al-Jazeera.net

>Dimanakah Kesatuan Ummah ?

>
Sejak akhir-akhir ini, terpampang pelbagai isu yang membincangkan akan serangan Israel terhadap Palestin(Gaza). Serangan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa (setakat ini 660 orang pada 07.01.09) adalah merupakan misi serangan tanpa perikemanusiaan dari negara yang menumpang (Israel). Lontaran peluru, misil dan bom di”baling” pada insan yang tidak berdosa dan tidak mengenal usia. Yang menjadi mangsa, adalah kanak-kanak, warga tua, golongan wanita, lelaki mahupun sesiapa jua. Adakah mereka (rejim zionis) tidak memiliki rasa belas kasihan walaupun hanya 1% ?, adakah mereka terpaksa ? atau….,mereka boleh melemparkan pelbagai tohmahan dan alasan, namun, tidak satu pun yang wajar diterima oleh akal. Mereka HANYAlah pendatang yang menjadikan PENDUDUK asal(palestin) sebagai tebusan dan mangsa kerakusan US & Israel.

Sudah lama isu Palestin bermain dalam kamus belasungkawa dunia. Namun, apa yang telah berlaku sebelum ini, kini dan akan datang hanya dilihat dan dikutuk oleh warga dunia, mesyuarat ? perbincangan ? apa-apa lagi konvensyen diresolusikan. Tiada satu pun yang dapat menyumbang secara telus kepada pembentukan semula negara Palestin yang sempurna. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh negara-negara Arab, merelakan negara yang terlalu hampir dengan mereka disirami dengan hujan airmata. Mereka hanya mampu melihat dan bermesyuarat. Walhal, kuasa yang ada pada Negara Islam adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika & Israel. Hanya satu faktor yang mampu melumpuhkan struktur ekonomi negara Amerika & Israel. Ramai yang sudah sedia maklum, namun hanya sekadar maklumat. Kuasa yang dimaksudkan adalah Minyak. Terlalu sukarkah untuk negara-negara Arab yang memiliki sumber minyak (Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan sbgnya) untuk menyekat penghantaran sumber tersebut ke Amerika? Apakah mereka terlalu takut, bimbang atau terlalu berbudi dengan Amerika?. Mereka (negara-negara Arab) mampu berbelanja besar bagi menyediakan infrastruktur melebihi taraf dunia, berlumba-lumba mencipta sesuatu yang tidak masuk akal, terlalu ekslusif & sebagainya.

Saya ada membaca laman forum Al-Jazeera dimana, seorang pembaca telah menyatakan bahawa negara-negara Arab, telah banyak membantu Palestin dari segi kewangan dan seumpamanya. Adakah benar atau tidak, Wallahualam. Namun, setelah menilai dan mengkaji semula perkembangan ekonomi di Asia Barat, golongan yang memonopoli sektor ekonomi adalah dari golongan elit dan berpengaruh dari negara-negara yang banyak mencipta nama (tidak perlulah dinyatakan negara tersebut). Perbelanjaan yang besar dikeluarkan semata-mata untuk mencipta nama dan menarik golongan Amerika sendiri. Alangkah lebih beruntung sekiranya wang tersebut disumbangkan kepada negara-negara Islam yang lebih mundur (Darfur, kosovo Afrika, dsb). Nilai berbillion-billion dolar yang dikeluarkan oleh negara Arab untuk membina bangunan-bangunan dsb sudah cukup untuk mereka (Negara Islam yang dinyatakan tadi) untuk digunakan selama beberapa tahun.

Namun, apa yang penulis dapat perhatikan masa kini, hanya negara yang dianggap jauh & tidak terlalu “kaya” yang membantu mereka. Walaupun nilai yang disumbangkan adalah tidak begitu banyak, namun disitu sudah dapat dilihat akan semangat saudara seIslam dan kesatuan ummah. Mereka amat bersyukur dan begitu terharu apabila menerima sumbangan walaupun tidak seberapa. Penulis sendiri yang menonton selitan video sumbangan tabung darfur turut tersentuh hati melihat akan kegembiraan dan senyuman yang terukir diwajah mereka. Begitulah semangat Islam yang sentiasa dituntut dalam Islam. Wang dan harta bukanlah segala-galanya, namun semangat cintakan Islam dan ummah seluruhnya adalah yang lebih utama. Tentatifnya, sekiranya seluruh negara-negara Islam bersatu dan berpegang hanya yang Satu, InsyaAllah, Palestin pastikan bersinar kembali, negara Islam kan terus makmur…Tanpa penindasan dan kemiskinan. Amin.

Sumber : Tidak melalui sumber, nukilan penulis sendiri. Gambar dipetik dari Al-Jazeera.net

Gumpalan Label