kisah sebuah kehidupan

Archive for the ‘Kejayaan’ Category

>Mengembalikan Kejayaan Umat Islam

>

Sejarah menunjukkan bahawa hanya manusia yang mempunyai visi sahaja mampu hidup dalam kejayaan dan kebahagiaan. Kajian menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja manusia yang benar-benar tahu apa yang mereka mahukan dan mereka mendapatkannya. Kenapa kita tidak mahu menjadi seperti mereka? Semenjak saya mula menulis blog ini, saya berjanji saya akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari untuk membaiki diri saya. Saya percaya untuk menjadi seorang yang terbaik untuk diri sendiri, kita hendaklah mempunyai ketetapan hidup.
Ketetapan hidup saya ialah memberikan khidmat kepada orang lain sebagai simbol keimanan saya kepada tuhan. Apakah ketetapan anda? Apa yang kamu ingin capai dalam hidup anda?

pix_top_03106 Hanya kamu sahaja yang mampu menentukan apa yang kamu ingin lakukan dalam hidup ini. Hanya kamu sahaja yang menentukan hala tuju hidup kamu. Sebagai seorang Islam, saya percaya kamu mesti pernah dengar bahawa tanda orang beriman ialah terletak pada sifat tawakalnya. Biar sama mengilustrasikan sifat tawakal ini kepada kamu. Ada 2 orang petani yang benar-benar memerlukan hujan untuk tanaman mereka.

Mereka berdua berdoa kepada tuhan tetapi hanya seorang yang mencari sumber air, menyediakan tanahnya untuk ditanam, mencari benih dan lain-lain lagi. Mana yang anda rasa benar-benar mempunyai sifat tawakal. Petani yang melakukan segalanya atau tawakal sahaja semata-mata. Jika anda bertanya mana-mana orang Berjaya di dunia ini sama ada mereka pernah menulis impian mereka atau mereka pernah menetapkan sesuatu untuk hidup mereka. Mereka pasti akan megatakan ‘Ya’. Ini kerana mustahil bagi seseorang mencapai kejayaan tanpa mempunyai impian mereka sendiri.

Ada yang menganggap bahawa impian adalah ketetapan hidup mereka. Sebenarnya tidak. Impian hanyalah sebahagian daripada ketetapan hidup. Ketetapan hidup sebenarnya adalah prinsip yang anda kenakan terhadap diri sendiri. Kamu mesti mencari apakah tujuan kamu hidup di dunia ini dan bertindak berdasarkan prinsip yang telah anda tetapkan. Saya harap anda dapat mencari apa yang anda cari selama ini dan mencapai tujuan hidup kamu. Selamat Maju Jaya.

>Sebaik-baik teman sejati adalah BUKU

>

latahzan

Faedah membaca dan mentelaah buku:
1) Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
2) Menghindarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal yg batil
3) Menjauhkan kemungkinan seseorang utk berhubungan dengan org-org yang menganggur dan tidak memiliki aktiviti.
4) Melatih lidah utk berbicara dgn lebih baik, menjauhkan kesalahan dalam ucapan, dan menghiasinya dengan balaghah dan fashahah
5) Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
6) Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman
7) Dapat mengambil faedah dari beberapa pengalaman manusia, beberapa hikmah org yg bijak, dan fatwa hukum para ‘ulama
8) Mematangkan kemampuan seseorang utk mencari dan memproses pengetahuan, utk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yg berbeda dan penerapannya dalam kehidupan yg nyata
9) Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin.Sebab buku merupakan pemberi nasihat yg plg agung, merupakan pendorong jiwa yg plg besarm dan merupakan penyuruh kepada kebaikan yg plg bijaksana
10) Membantu fikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar tidak terbuang secara percuma
11) Dapat mengasah pemahaman kita terhadap makna suatu kata, mencapat pemahaman terhadap material secara utuh, memahami maksud ungkapan tertentu, mencerna dalil dalam kalimat dan mengetahui rahsia-rahsia hikmah
Seorang penyair mengatakan:
“Inti dari roh adalah pencerna yang dikandung makna
Bukanlah sesuatu yang Anada makan atau minum”

Sumber : Buku La Tahzan, Dr Abdullah Aid’h AlQarni

Gumpalan Label