kisah sebuah kehidupan

Archive for the ‘Al-Quran’ Category

>Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2010

>Screen shot 2010-07-28 at 17.59.41.png

Seramai 76 peserta dari 47 negara akan mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang bermula di sini esok.

Jumlah itu meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lepas. Empat negara yang pertama kali menghantar peserta tahun ini ialah Tazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata daripada 76 peserta itu, 47 merupakan qari manakala 29 lagi adalah qariah.

Tilawah bertema “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” itu akan berlangsung selama lapan malam, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, tema itu dipilih memandangkan umat Islam kini semakin alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi kewajipan sesama Muslim untuk saling ingat mengingati dan mempereratkan lagi hubungan agar setiap ancaman serta tohmahan dapat diatasi.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berangkat menyempurnakan perasmian tilawah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir.

Wan Mohamad berkata, Malaysia akan diwakili qari Wilayah Persekutuan Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru.

Beliau berkata, johan qari dan qariah akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM31,945 (AS$10,000) serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Naib johan pula akan menerima wang tunai RM22,361 (AS$7,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM12,778 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan.

Katanya, para peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM4,791 (US$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan. -MediaUMNO/Bernama

>51st International Quran Competition Opens in Malaysia

>

PENUTUP-MTQ-ABNGSA-6The 51st edition of international Quran competition kicked off last night, 5 August 2009, at Putra World Trade Center in Kuala Lumpur, Malaysia.

According to IQNA, the opening ceremony of the competition attended by 82 Quran reciters from (almost 54 countries) various countries and a number of Malaysian Muslims as well as the ones interested in Quran recitation. The program started at 8 pm local time with the arrival of honored guests and dignitaries, followed by the arrival of the prime minister of Malaysia at 8.40 pm.

Governors and Raja and Sultans of the various states of Malaysia were the other guests took presence at the ceremony at 8.45 pm. His majesty the Yang di-Pertuan Agong and Her Majesty the Raja Pemaisuri Agong, king and queen of the country arrived the meeting at 8.50 after which the national anthem was played and a do’a was recited as the beginning parts of the ceremony.

The guest qari, the top-ranked reciter of the contests held in 2006, recited some verses of Quran and this part followed by introduction session through which the king and queen shaked hands with quran reciters. Chairman of the main committee of the Quran assembly presented his speech before the royal address by the king who declared the official opening of the 1430H/ 2009 51sth Quran recital assembly.

Two national singing groups of Malaysia performed beautiful songs on the characteristics of God, and Quran as the word of God and the message of the holy prophet of Islam. The ceremony continued with Quran recitations by three reciters from Yemen, the West Timor and Kuwait, from among them the second reciter attended in women category, who recited some verses from surahs Bagharah, Tawbah and A’raf respectively.

For online streaming : http://wwitv.com/tv_channels/7449.htm 

Source from : International Quran News Agency 2009

>MTQK-52 Catat Rating Penonton Tertinggi

>

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 1430H/2009M yang telah diadakan di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Sri Iskandar, Perak Darul Ridzuan telah mencatatkan rekod penonton yang tertinggi sepanjang berlansungnya majlis tersebut.

Menurut sumber, majlis tilawah yang disiarkan secara lansung di TV1 itu mencatatkan rating penonton sebanyak 811,522 orang menjadikannya rancangan yang paling gemar ditontoni oleh rakyat Malaysia sepanjang minggu tersebut.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada 14 Julai 2009 sementara majlis penutupnya pula telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Pada majlis tersebut qari dari Sarawak; Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan manakala qariah dari Perak; Cik Sharifah Khasif Fadzillah binti Syed Badiuzzaman telah diumumkan sebagai johan bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini. Mereka akan mewakili Malaysia dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan berlansung 5 hingga 12 Ogos 2009.

        

Sumber dipetik dari : Unit Perhubungan Awam JAKIM  

>Sinar Cahaya Ayat Kursi

>

image Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

quran-close-shot-8 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

>Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

>

quran-close-shot-8

   Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’ Dalam ayat ke 5,jika salah  bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN …. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat …..

>Kelebihan Surah Al-Ikhlas

>

qrn

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. (Panduan ayat, sila rujuk Al-Quran untuk rujukan asal)

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat’. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

>Doa Awal Tahun

>Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.” Doanya ialah;

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam….Amin…

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Gumpalan Label