kisah sebuah kehidupan

>Screen shot 2010-07-28 at 17.59.41.png

Seramai 76 peserta dari 47 negara akan mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang bermula di sini esok.

Jumlah itu meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lepas. Empat negara yang pertama kali menghantar peserta tahun ini ialah Tazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata daripada 76 peserta itu, 47 merupakan qari manakala 29 lagi adalah qariah.

Tilawah bertema “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” itu akan berlangsung selama lapan malam, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, tema itu dipilih memandangkan umat Islam kini semakin alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi kewajipan sesama Muslim untuk saling ingat mengingati dan mempereratkan lagi hubungan agar setiap ancaman serta tohmahan dapat diatasi.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berangkat menyempurnakan perasmian tilawah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir.

Wan Mohamad berkata, Malaysia akan diwakili qari Wilayah Persekutuan Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru.

Beliau berkata, johan qari dan qariah akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM31,945 (AS$10,000) serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Naib johan pula akan menerima wang tunai RM22,361 (AS$7,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM12,778 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan.

Katanya, para peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM4,791 (US$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan. -MediaUMNO/Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: