kisah sebuah kehidupan

>

Rumah Putih terus jadi boneka Zionis isu Gaza
BAITULMAQDIS: Peranan Amerika Syarikat sebagai boneka Israel terus terbukti apabila seorang jurucakap rejim Zionis itu menyatakan beliau tidak bimbang dengan pandangan pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap serangan ke atas Gaza kerana Washington berada dalam genggaman Tel Aviv.
Laman web Daily.pk memetik Tzipora Menache sebagai berkata: "Anda tahu, Amerika yang bodoh juga tahu, kami mengawal kerajaan mereka, tidak kira siapa yang menduduki Rumah Putih. Saya tahu dan anda juga tahu tiada seorang pun Presiden Amerika boleh mencabar kami walaupun jika Israel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang boleh mereka (Amerika) lakukan?
"Kami mengawal Kongres, kami mengawal media, kami mengawal dunia hiburan dan kami mengawal segala-galanya di Amerika. Di Amerika, anda boleh mengkritik Tuhan, tetapi bukan Israel."

Memberi komen mengenai serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, stesen televisyen 10th TV, mendedahkan pasukan tentera Yahudi menggunakan sebahagian kekuatan pasukan udaranya dan melancarkan sekurang-kurangnya 2,500 serangan udara di wilayah itu.
Wartawan televisyen tentera itu menyatakan pesawat tempur Israel menggugurkan lebih sejuta tan bahan letupan, termasuk fosforus putih dan bom DIME, sepanjang tiga minggu serangan itu.
Katanya, bedilan yang dilepaskan kereta kebal, artileri, bot dan infantri tidak termasuk yang ditembak oleh tentera udara.

Selepas seminggu berterusan melancarkan serangan udara, Zionis menghantar tentera darat elit untuk membunuh penduduk Gaza. Bersenjatakan dengan senjata pemusnah besar-besaran terbaru, dilindungi oleh tentera udara dan diiringi hujan peluru artileri, mereka memandu kereta kebal masuk ke penempatan penduduk untuk membunuh mereka dan memusnahkan setiap struktur yang dilihat.
Walaupun tentera Israel diberi kedudukan setiap struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pesawat tempur F-16 berulang kali menggugurkan fosforus ke atas sekolah badan dunia itu kerana mengetahui ratusan kanak-kanak berlindung di situ.
Jurucakap Israel, Nachman Abramovic, berkata: "Mereka mungkin kelihatan muda tetapi mereka sebenarnya pengganas. � Agensi

 

Sumber dipetik dari Berita Harian, 8 Februari 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: