kisah sebuah kehidupan

>
Sejak akhir-akhir ini, terpampang pelbagai isu yang membincangkan akan serangan Israel terhadap Palestin(Gaza). Serangan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa (setakat ini 660 orang pada 07.01.09) adalah merupakan misi serangan tanpa perikemanusiaan dari negara yang menumpang (Israel). Lontaran peluru, misil dan bom di”baling” pada insan yang tidak berdosa dan tidak mengenal usia. Yang menjadi mangsa, adalah kanak-kanak, warga tua, golongan wanita, lelaki mahupun sesiapa jua. Adakah mereka (rejim zionis) tidak memiliki rasa belas kasihan walaupun hanya 1% ?, adakah mereka terpaksa ? atau….,mereka boleh melemparkan pelbagai tohmahan dan alasan, namun, tidak satu pun yang wajar diterima oleh akal. Mereka HANYAlah pendatang yang menjadikan PENDUDUK asal(palestin) sebagai tebusan dan mangsa kerakusan US & Israel.

Sudah lama isu Palestin bermain dalam kamus belasungkawa dunia. Namun, apa yang telah berlaku sebelum ini, kini dan akan datang hanya dilihat dan dikutuk oleh warga dunia, mesyuarat ? perbincangan ? apa-apa lagi konvensyen diresolusikan. Tiada satu pun yang dapat menyumbang secara telus kepada pembentukan semula negara Palestin yang sempurna. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh negara-negara Arab, merelakan negara yang terlalu hampir dengan mereka disirami dengan hujan airmata. Mereka hanya mampu melihat dan bermesyuarat. Walhal, kuasa yang ada pada Negara Islam adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika & Israel. Hanya satu faktor yang mampu melumpuhkan struktur ekonomi negara Amerika & Israel. Ramai yang sudah sedia maklum, namun hanya sekadar maklumat. Kuasa yang dimaksudkan adalah Minyak. Terlalu sukarkah untuk negara-negara Arab yang memiliki sumber minyak (Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan sbgnya) untuk menyekat penghantaran sumber tersebut ke Amerika? Apakah mereka terlalu takut, bimbang atau terlalu berbudi dengan Amerika?. Mereka (negara-negara Arab) mampu berbelanja besar bagi menyediakan infrastruktur melebihi taraf dunia, berlumba-lumba mencipta sesuatu yang tidak masuk akal, terlalu ekslusif & sebagainya.

Saya ada membaca laman forum Al-Jazeera dimana, seorang pembaca telah menyatakan bahawa negara-negara Arab, telah banyak membantu Palestin dari segi kewangan dan seumpamanya. Adakah benar atau tidak, Wallahualam. Namun, setelah menilai dan mengkaji semula perkembangan ekonomi di Asia Barat, golongan yang memonopoli sektor ekonomi adalah dari golongan elit dan berpengaruh dari negara-negara yang banyak mencipta nama (tidak perlulah dinyatakan negara tersebut). Perbelanjaan yang besar dikeluarkan semata-mata untuk mencipta nama dan menarik golongan Amerika sendiri. Alangkah lebih beruntung sekiranya wang tersebut disumbangkan kepada negara-negara Islam yang lebih mundur (Darfur, kosovo Afrika, dsb). Nilai berbillion-billion dolar yang dikeluarkan oleh negara Arab untuk membina bangunan-bangunan dsb sudah cukup untuk mereka (Negara Islam yang dinyatakan tadi) untuk digunakan selama beberapa tahun.

Namun, apa yang penulis dapat perhatikan masa kini, hanya negara yang dianggap jauh & tidak terlalu “kaya” yang membantu mereka. Walaupun nilai yang disumbangkan adalah tidak begitu banyak, namun disitu sudah dapat dilihat akan semangat saudara seIslam dan kesatuan ummah. Mereka amat bersyukur dan begitu terharu apabila menerima sumbangan walaupun tidak seberapa. Penulis sendiri yang menonton selitan video sumbangan tabung darfur turut tersentuh hati melihat akan kegembiraan dan senyuman yang terukir diwajah mereka. Begitulah semangat Islam yang sentiasa dituntut dalam Islam. Wang dan harta bukanlah segala-galanya, namun semangat cintakan Islam dan ummah seluruhnya adalah yang lebih utama. Tentatifnya, sekiranya seluruh negara-negara Islam bersatu dan berpegang hanya yang Satu, InsyaAllah, Palestin pastikan bersinar kembali, negara Islam kan terus makmur…Tanpa penindasan dan kemiskinan. Amin.

Sumber : Tidak melalui sumber, nukilan penulis sendiri. Gambar dipetik dari Al-Jazeera.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: