kisah sebuah kehidupan

>DIHQA 2008

>Dubai International Holy Quran Award (DIHQA), pertandingan hafalan Al Quran yang menawarkan hadiah wang tunai tertinggi d dunia akan bermula malam ini d Dubai. Edisi tahun ini akan menyaksikan pertandingan antara 85 peserta (berbanding 74 peserta tahun lalu).

Upacara pembukaan malam ini akan berlansung jam 9:30 malam waktu UAE.

DIHQA yang mula dperkenalkan pada tahun 1979 menawarkan belia Muslim d bawah umur 21 tahun wang tunai sebanyak Dhs.250,000 (RM232,577.00) bagi yang bergelar juara. Manakala peserta d tangga kedua dan ketiga menerima hadiah wang tunai Dhs.200,000 dan Dhs.150,000 masing-masing.

Peserta keempat hingga ke-10 masing-masing menerima Dhs.60,000, sementara lain-lain peserta menerima saguhati sebanyak Dhs.20,000.
Kerajaan Dubai membiayai setiap perbelanjaan peserta (dari tiket penerbangan hingga ke penginapan dan makan minum, selain dari aktiviti rombongan dan wang saku).

Tiap-tiap malam peserta (yang rata-rata juara Hafalan yang mewakili negara masing-masing) akan d uji dengan 8 soalan – menguji daya hafalan dan hukum tajweed (d samping gaya bacaan).

Antara juara sebelum ini ialah peserta dari Libya (sebanyak 4 kali) dan Nigeria (2 kali). Pencapaian terbaik peserta Malaysia ialah d tempat 10 teratas.

Peserta paling muda yang pernah menyertai DIHQA ialah peserta berumur 7 tahun.

DIHQA juga setiap tahun menyediakan anugerah personaliti Islam yang menerima anugerah wang tunai Dhs.1 juta. Antara pemenang anugerah personaliti Islam yang lalu ialah almarhum Presiden UAE yang pertama, Shaikh Zayed al Nahyan, tokoh ulama’ Mesir Dr. Yusuf al Qardawi dan tokoh ‘ulama/pendidik India, Abu Hasan An Nadwi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: